Skip to main content

Remedy Entertainment hari ini mengumumkan yang kemaskini baharu untuk Control akan tiba secara berperingkat di mana ia dikeluarkan terlebih dahulu di PlayStation 4, manakala Xbox One dan PC akan tiba tidak lama lagi.

Kemaskini ini menyertakan pelbagai penambah-baikkan yang juga membuat masalah yang hadir di dalam permainan ini. Ia juga dikatakan meningkatkan prestasi, terutama untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One S yang mengalami masalah kelancaran.

Control sudah dikeluarkan pada 27 Ogos 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan kami berpendapat ia adalah antara permainan aksi terbaik yang dikeluarkan pada tahun ini.

Leave a Reply