Informasi Permainan Video Terkini
Demo FIFA 20 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC
PC

Demo FIFA 20 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

FIFA 20 akan dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi jika anda tidak pasti lagi, anda kini berpeluang untuk mencubanya terlebih dahulu. Demo untuk FIFA 20 kini dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Origin. Ia adalah terbuka untuk semua.

Melalui demo ini, anda boleh mencuba Volta melalui mod 3 lawan 3 dan juga perlawanan Champions League menggunakan pasukan Chelsea, Dortmund, Liverpool, PSG, Real Madrid dan Tottenham.

FIFA 20 akan dikeluarkan pada 27 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

PlayStation Store: Demo FIFA 20

Xbox Store: Demo FIFA 20

Origin: Demo FIFA 20


TIPS & ULASAN