Minggu lepas SNK telah mengumumkan senarai watak-watak yang akan tiba sebagai DLC untuk permainan Samurai Shodown. Seperti yang dijanjikan, watak percuma iaitu Shizumaru Hisame akan tiba pada 16 September 2019.
Watak-watak lain yang akan tiba adalah Basara pada Oktober, Kazuki Kazawa pada November dan Wan-Fu pada akhir tahun ini, namun kesemuanya adalah DLC berbayar, secara tersendiri ataupun melalui pas semusim.
Samurai Shodown telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala versi Switch dan PC, ia dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini.