Sebelum ini kami berkongsi yang mana Activision akan mengadakan sesi beta terbuka buat permainan penembak akan datang iaitu Call Of Duty: Modern Warfare bermula di konsol Playstation 4.

Terkini, beta tersebut akhirnya sudah boleh mula dimuat-turun melalui PSN Store yang mana beta tersebut bersaizkan 27.09GB sahaja. Meskipun begitu, beta tersebut hanya akan berlangsung bermula 13 September ini, dan muat-turun ini hanyalah akses pra-muatan sahaja. Menariknya juga, akses ini juga adalah terbuka buat semua pemilik Playstation 4 dan anda tidak perlu melanggan Playstation Plus untuk mencubanya.

Berikut adalah jadual sesi beta dengan lebih lanjut yang mana kami mengemaskini dengan tarikh dan waktu tempatan bagi pemain Playstation 4:

  • Beta terbuka buat Playstation 4 – 13 hingga 17 September dan 20 hingga 24 September
  • Beta terbuka buat semua platform (Termasuk Xbox One dan PC) – 21 hingga 24 September

Bagi anda yang ingin memuat-turun akses beta permainan tersebut, anda boleh ke pautan PSN Store di bawah.

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Muat-Turun PSN Store: Beta Call Of Duty: Modern Warfare

Sohor Kini