Informasi Permainan Video Terkini
Civilization VI Menerima Mod Pertempuran Royale Tersendiri
PC

Civilization VI Menerima Mod Pertempuran Royale Tersendiri

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Firaxis Games hari ini mengumumkan mod permainan baharu yang akan hadir untuk permainan strategi mereka Civilization VI iaitu mod Red Death yang merupakan mod pertempuran royale.

Melalui mod ini, anda bersama dengan 11 lawan lain akan berebut untuk menyelamatkan diri daripada dunia yang makin dipenuhi dengan Red Death, ia berfungsi seakan circle untuk permainan pertempuran royale yang lain.

Secara keseluruhan terdapat 8 puak yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk dipilih oleh pemain. Pemain akan meninggalkan permainan apabila semua skuad terbunuh, pemain berpeluang untuk mendapat tentera dan juga barangan melalui supply drop, memasuki city ruin dan juga menyerang raider camp.

Mod ini akan tiba secara percuma untuk kesemua pemilik Civilization VI di PC, buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan dilancarkan untuk versi iPad dan juga Switch.

Apa pendapat anda mengenai mod ini? Ia agak menarik untuk Civilization VI menerima mod baharu, tetapi ia nampak sangat tidak bersesuaian dengan segmen pemain untuk permainan ini.


TIPS & ULASAN