Skip to main content

Stadia adalah perkhidmatan langganan bulanan permainan video daripada Google. Ia adalah satu platform permainan baharu yang menjadi trend pada tahun ini. Pada acara Stadia Connect beberapa minggu lepas, banyak perkara yang telah diumumkan seperti senarai permainan dan juga harga. Harganya adalah sekitar RM42, iaitu $9.99 untuk langganan Stadia Pro.

Stadia juga menanggap diri mereka sebagai satu ‘konsol’ baharu. Oleh yang demikian, mereka turut mempunyai alat kawalan tersendiri yang diberi nama ‘Stadia Controller‘.

Alat kawalan tersebut mempunyai rekaan yang seakan seperti alat kawalan konsol lain dengan 4 butang utama dan 4 butang bahu bersama-sama dengan dua analog. Semasa pengumuman sebelum ini, pra-tempahan untuk alat kawalan tersebut hanya terhad kepada dua pilihan warna sahaja iaitu Just Black dan Clearly White. Kini, Google akhirnya mengumumkan alat kawalan dengan warna ketiga iaitu Wasabi juga boleh dipra-tempah.

Harga jualan adalah $69, iaitu sekitar RM287. Harganya agak mahal untuk sebuah ‘konsol’ digital, tetapi produk Google tidak dinafikan mempunyai kualiti yang baik setakat ini. Cuma untuk arena permainan video, mereka masih baharu dan tidak pasti kemasannya akan tahan lama atau akan mempunyai masalah seperti beberapa alat kawalan Razer.

Leave a Reply