Skip to main content

Seperti yang diumumkan sebelum ini, DLC seterusnya untuk Anno 1800 iaitu Botanica kini tiba untuk PC melalui Epic Games Store dan juga Uplay. Selain itu, kemaskini yang menyertakan kitaran siang dan malam juga hadir secara percuma.

Botanica akan menyediakan pelbagai binaan baharu ke dalam permainan terebut, ia juga menyertakan 59 bahan tumbuhan untuk anda menghias dunia di dalam sesi permainan anda.

Secara keseluruhan ia mempunyai 21 modul botani dan 1 modul rumah kaca. Selain itu, ia juga menyertakan 11 hiasan seperti kebun bunga yang berguna untuk menghias bangunan-bangunan tersedia.

DLC tersebut boleh dibeli dengan harga $6.79 (RM28).

Leave a Reply