Semalam ketika acara Apple Events, Giant Games iaitu pembangun dari China mengumumkan permainan Pascal’s Wager yang mana ianya merupakan permainan aksi RPG yang bakal tiba di peranti iOS sekitar tahun ini.
Menurut Yang Yang, pengasas pembangun permainan tersebut iaitu Tipsworks Studios, iaitu syarikat di bawah Giant Networks dan Giant Games, menyatakan bahawa permainan tersebut akan menggunakan segala spesifikasi berkuasa yang bakal tiba buat iPhone 11 yang diumumkan semalam yang mana ia membenarkan permainan tersebut boleh dimainkan sehingga kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS.
Mereka juga menyatakan permainan tersebut juga kini sedang dibangunkan di konsol dan juga PC di mana ia bakal tiba sekitar tahun 2020 kelak.
Pascal’s Wager meletakkan pemain di bermain sebagai Terrance dalam dunia kegelapan yang mana pemain akan bertempur pelbagai jenis raksasa dan gergasi. Melalui penceritaan awal permainan ini, dunia tersebut dilanda wabak penyakit dan Terrance percaya kehilangan isteri beliau adalah disebabkannya. Ini sekaligus, membuatkan pemain untuk mengembara mencari punca dan cuba menyelamatkan isteri beliau.
Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan sebagai permainan percuma untuk dicuba dan setiap bahagian akan dijual secara bersama ataupun berasingan dengan harga yang murah. Tipsworks Studios juga mengesahkan bahawa Pascal’s Wager juga akan menyertakan DLC dan pernambahan yang mana akan memperkenalkan kandungan baharu dan watak-watak baharu.

Pascal’s Wager akan dilancarkan dengan 8 bahagian pennceritaan dan kandungan multi-pemain juga dirancang akan ditambah kemudian selepasnya dilancarkan kelak dan permua ini juga akan menyokong alat kawalan.
Semestinya berdasarkan video acah yang diperlihatkan, Pascal’s Wager kelihatan seakan permainan Dark Souls dan Bloodborne dan pembangun juga menjanjikan permainan ini akan mempunyai kandungan kemajuan yang mendalam, sekaligus ianya pasti adalah satu permua yang sangat menarik dan bertaraf permainan konsol untuk peranti iOS.
Seperti biasa, akan kami kongsikan informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.