Semalam kami berkongsi yang mana KFC akan melancarkan permainan simulasi temu janji berdasarkan watak Colonel Sanders iaitu I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator yang mana ianya dijadualkan bakal tiba di PC melalui Steam.

Terkini, melalui akaun Twitter rasmi KFC, mereka mengesahkan bahawa permainan tersebut sememangnya akan dilancarkan dan bakal tiba 24 September 2019 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan bentuk simulasi temu janji yang mana pemain akan bermain sebagai seorang pelajar kulinari dan ingin berasmara bersama rakan sekelas pemain, iaitu Colonel Sanders.

Semestinya bagi anda yang berminat dengan genre permainan sebegini, pastikan anda mendapatkannya menjelang 24 September ini.

Sohor Kini