Informasi Permainan Video Terkini
Star Ocean: First Departure R Bakal Tiba Disember Ini Di Konsol PS4 Dan Switch

Star Ocean: First Departure R Bakal Tiba Disember Ini Di Konsol PS4 Dan Switch

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan yang mana Square-Enix akan membawa kembali permainan Star Ocean pertama dengan permainan olahan semula di konsol Playstation Portable beberapa tahun lepas, ke konsol Playstation 4 dan Switch sebagai permainan pernambah-baikkan.

Terkini, tarikh pelancaran buat permainan tersebut akhirnya diumumkan yang mana ianya bakal tiba pada 5 Disember 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Star Ocean: First Departure R akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan seperti visual yang dipernambah-baik dan juga fungsi untuk mencepatkan permainan tersebut. Square-Enix juga mengesahkan bahawa keseimbangan permainan tersebut juga dipernambah-baik.

Selain itu, Square-Enix juga menyatakan bahawa permainan ini akan dilancarkan dengan sokongan dwi-bahasa untuk suara latar dengan pilihan bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun.

Tambahan itu, Square-Enix menyatakan versi Playstation 4 akan menyertakan tema khas yang mana ia akan menyertakan ilustrasi khas yang dihasilkan semula oleh Katsumi Enami dan muzik latar digital mini khas.

Bagi anda yang ingin mengembara semula di dalam dunia Star Ocean yang pertama ini, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang Disember ini.


TIPS & ULASAN