Informasi Permainan Video Terkini
Video Pembukaan Persona 5 Royal Dipertontonkan – Memperlihatkan Muzik Latar Dan Watak Baharu

Video Pembukaan Persona 5 Royal Dipertontonkan – Memperlihatkan Muzik Latar Dan Watak Baharu

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Seperti yang dikongsikan oleh kami, Atlus akan melancarkan Persona 5 Royal sekitar tahun hadapan yang mana ianya adalah edisi tambahan buat permainan Persona 5 yang dilancarkan 2016 lepas di konsol Playstation 4.

Terkini, dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang bakal berlangsung minggu ini, Atlus memperlihatkan video pembukaan buat permainan tersebut yang mana ianya bukan sahaja menyertakan adegan pembukaan baharu malah muzik latar baharu.

Antara watak baharu yang diperlihatkan adalah Kasumi Yoshizawa di mana beliau merupakan ahli baharu buat Phantom Thieves tersebut dan menariknya, melalui Persona 5 Royal ini, Atlus juga akan menyertakan beberapa penceritaan baharu dan beberapa watak Confidant tambahan lain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan ini bagi pasaran global masih belum diumumkan dan menurut Atlus, ianya bakal tiba suku kedua tahun hadapan. Namun bagi anda yang tidak sabar, ianya akan tiba pada 31 Oktober 2019 ini buat pasaran Jepun.


TIPS & ULASAN