Informasi Permainan Video Terkini
Imej Promo Perbezaan Versi Klasik Final Fantasy VII Diperlihatkan – Video Acah Baharu Bakal Tiba Minggu Ini

Imej Promo Perbezaan Versi Klasik Final Fantasy VII Diperlihatkan – Video Acah Baharu Bakal Tiba Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang bakal berlangsung minggu ini, semestinya Square-Enix tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan Final Fantasy VII Remake yang bakal dilancarkan awal tahun hadapan.

Menurut Tetsuya Nomura iaitu pengarah buat permainan tersebut, mereka akan melancarkan video acah baharu pada 12 September 2019 ini. Menurut beliau lagi, watak-watak daripada Shinra Eletric Power Company juga akan diperlihatkan melalui video acah baharu tersebut.

Dengan kenyataan tersebut, kami percaya watak seperti Rufus Shinra pasti akan diperlihatkan secara rasmi bersama-sama dengan pasukan Turks seperti Reno, Elena dan selebihnya.

Selain itu, bersempena dengan itu, Square-Enix juga berkongsi satu imej promo khas buat permainan tersebut yang mana ianya mempunyai bentuk yang sama dengan imej promo klasik buat permainan tersebut yang diperlihatkan pada tahun 1997 lepas.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan 3 Mac 2020 ini khas di konsol Playstation 4.


TIPS & ULASAN