Skip to main content

Permainan simulasi temu janji sememangnya bukanlah satu genre baharu malah ianya sangat terkenal di kalangan pemain terutamanya pemain di Jepun. Dengan pelancaran permainan Dreadm Daddy sebelum, genre tersebut sememangnya membuka lebih banyak peminat di kalangan pemain di seluruh dunia.

Terkini, melalui laporan GamerMatters, tampaknya satu lagi permainan baharu bakal tiba buat genre tersebut yang mana menariknya sekali, ianya akan dilancarkan oleh KFC (Kentucky Fried Chicken) iaitu satu jenama yang sangat terkenal untuk makanan segera iaitu permainan I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator.

Buat masa ini, permainan ini diumumkan bakal tiba di Steam dan tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan. Namun, bagi anda yang berminat dengan permainan ini, ianya boleh diletakkan di dalam senarai hajat melalui Steam.

Berdasarkan kenyataan permainan ini di laman Steam, ianya akan memfokuskan bentuk simulasi temu janji yang mana pemain akan bermain sebagai seorang pelajar kulinari dan ingin berasmara bersama rakan sekelas pemain, iaitu Colonel Sanders.

Seperti kebanyakan permainan bergenre ini, ianya juga akan menyertakan sebilangan bentuk pemilihan dialog dan juga 9 watak dengan pelbagai pengakhiran. Menariknya, permainan ini juga menyertakan beberapa bentuk pertempuran dalam bentuk masakan.

Semestinya kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.

Leave a Reply