Informasi Permainan Video Terkini
EA Mengumumkan Sesi Percubaan Untuk Platform Permainan Video Awanan Mereka

EA Mengumumkan Sesi Percubaan Untuk Platform Permainan Video Awanan Mereka

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Goolge Stadia akan dilancarkan secara berperingkat bermula akhir tahun ini, manakala Microsoft sudah memperlihatkan mengenai Project xCloud mereka. Kini, EA pula mengumumkan yang mereka bakal mengadakan sesi percubaan utnuk platform permainan video awanan mereka iaitu Project Atlas.

Melalui penulisan di Medium, ketua pegawai teknologi untuk EA iaitu Ken Moss mengumumkan yang mereka bakal sesi percubaan secara tertutup untuk perkhidmatan tersebut.

Tambah beliau lagi, sasaran untuk sesi percubaan ini adalah agar mereka mendapat lebih banyak maklumat mengenai prestasi platform tersebut. Melalui sesi ini, pengguna boleh mencuba 4 permainan iaitu FIFA 19, Titanfall 2, Need for Speed Rivlas dan Unravel.

Jika anda berminat, anda boleh mendaftar minat melalui pautan berikut https://go.ea.com/cpt.


TIPS & ULASAN