Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Amata akan melancarkan permainan tekaria realiti-maya baharu yang memfokuskan elemen “Bilik Lepas Diri” iaitu Last Labyrinth.

Terkini, Amata akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba pada 13 November 2019 ini di Playstation 4 melalui Playstation VR. Manakala di platform PC pula, ianya akan dilancarkan melalui Oculus, Steam dan Microsoft Store dengan harga sekitar $39.99(~RM167).

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Last Labyrinth akan meletakkan pemain sebagai seorang watak yang berada di atas kerusi roda dan seorang gadis bermisteri, iaitu Katia akan membantu pemain menyelesaikan misteri bilik lepaskan diri dan tekaria permainan tersebut dengan menggerakkan objek dan sebagainya atas arahan pemain.

Kami juga sebelum ini melaporkan yang mana muzik tema permainan tersebut juga dinyanyikan oleh Stefanie Joosten dan Amata telah pun berkongsi satu video khas yang memperlihatkan muzik tema tersebut di bawah.

Semestinya bagi anda yang berminat dengan permainan ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang November ini.

Leave a Reply