Skip to main content

Hujung minggu lepas, kejohanan Taiwan Excellece E-Sports Cup (TEEC) 2019 bagi pusingan kelayakan ke-10 berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya yang mana ianya mempertandingkan sebanyak 31 pasukan untuk permainan Dota 2, CS:GO dan LoL.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kejohanan ini mempertandingkan 3 permainan utama iaitu Counter-Strike: Global Offensive, Dota 2 dan League of Legends dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM113,000. TEEC 2019 juga mendapat kerjasama bersama Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Bureau Of Foreing Trade (MOEA) di mana ianya akan berlangsung sepanjang tahun ini bermula April lepas sehinggalah acara akhir pada Oktober ini.

Ketika di pusingan kelayakan hujung minggu lepas, ASUS ROG juga berkesempatan mempamerkan komputer riba mereka terkini iaitu ROG Strix SCAR III G531 yang mana ianya memberi peluang buat pengunjung untuk mencubanya dengan bermain permainan Dota 2 melalui sesi perlawanan persahabatan.

Jason Hsu iaitu pengurus produk ROG juga menyatakan bahawa mereka berbangga untuk terlibat dengan kejohanan tersebut yang mana peminat e-sukan di Malaysia ini memberi sokongan yang sangat memberangsangkan.

Dengan tamatnya pusingan LAN, pasukan-pasukan yang berjaya ke pusingan akhirnya diumumkan secara rasmi di mana terdapat 30 pasukan yang terlibat. Berikut adalah senarai pasukan yang akan bertempur ketika pusingan akhir kelak yang mana ianya terdiri daripada 3 permainan utama:

  • Counter-Strike: Global Offensive
    • FrostFire
    • thegamingco
    • Easy 5
    • 1Percent.OP
    • Questionable gamers Esports
    • Darkhorse
    • Sky eSports
    • Killer Joes Squad
    • RuAssia
    • Academy Of Esports 2
  • Dota 2
    • Flower Gaming
    • DotaHero
    • AOES.K2Surf
    • Le’Born
    • Hydra Gaming E-Sports
    • ZipZap
    • HotorNot
    • NeverWinBefore
    • GagakHitam
    • Unicorn
  • League Of Legends
    • 5 Blademasters
    • Team Pollution
    • Tri Zone
    • Pepega
    • Team Undying Azir Memes
    • Xenial
    • Praise Lord Jung Soo
    • Team Bob
    • Sigma Rebirth
    • Penang Hunter

Pusingan akhir buat kejohanan TEEC 2019 akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober ini di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur yang mana pasukan yang menjuarai kejohanan Counter-Strike: Global Offensive akan berpeluang ke peringkat antarabangsa yang bakal berlangsung pada di Taiwan.

Pastikan anda memberi sokongan buat pasukan pilihan anda menjelang Oktober ini.

Leave a Reply