Sebelum ini, SNK melancarkan konsol mini pertama mereka iaitu NeoGeo Mini yang menyertakan 40 permainan secara terbina.
Terkini, SNK meneruskan lagi produk seterusnya iaitu konsol NeoGeo Arcade Stick Pro, yang mana ianya bukan sahaja berbentuk seakan alat kawalan klasik arked, malah ianya juga adalah konsol yang menyertakan 20 permainan perlawanan klasik SNK secara terbina.
Menariknya, konsol ini mempunyai beberapa mod penggunaan seperti yang diperlihatkan oleh Tweet rasmi SNK yang mana mod pertama iaitu mod Joystick, ianya boleh digunakan sebagai alat kawalan arked khas buat konsol NeoGeo Mini dan juga di PC.
Manakala bagi mod konsol pula, ianya juga boleh disambungkan terus ke TV dengan dan menggunakan alat kawalan NeoGeo Mini tambahan lain untuk bermain permainan video yang terdapat di dalam konsol tersebut.
Buat masa ini, senarai permainan, harga dan juga tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Namun, SNK menyatakan ianya pasti akan dilancarkan secara global. Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah ianya diumumkan secara rasmi kelak.