Geoff Keighley hari ini berkongsi satu acara khas akan berlangsung pada 24 September 2019 ini khas buat permainan The Last Of Us Part II. Tarikh tersebut juga merupakan tarikh sempena Outbreak Day, iaitu hari penyebaran wabak di dalam permainan tersebut. Menurut poster yang dikongsikan, acara tersebut akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Sememangnya buat masa ini, informasi lanjut berkenaan tidak dikongsikan lagi namun kami percaya, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut bersama-sama dengan video acah baharu.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan secara rasmi.