Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Sistem Operasi Switch 9.0.0 Kini Boleh Dimuat-Turun – Menyertakan Fungsi Penggera Pemberitahuan

Kemaskini Sistem Operasi Switch 9.0.0 Kini Boleh Dimuat-Turun – Menyertakan Fungsi Penggera Pemberitahuan

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Nintendo hari ini akhirnya melancarkan kemaskini 9.0.0 buat konsol Switch yang mana ianya menyertakan beberapa fungsi tambahan baharu dan juga keseimbangan prestasi konsol tersebut.

Seperti biasa, untuk memuat-turun kemaskini tersebut, anda perlu memuat-turunnya melalui kemaskini konsol melalui tetapan.

Melalui kemaskini ini, Nintendo menyertakan beberapa fungsi baharu antaranya adalah fungsi carian di dalam News Channel yang mana pemain boleh mencari pilihan berita mengikut penuras ataupun teks.

Selain itu, pengguna juga berupaya untuk mendapat kod QR untuk mengakses akaun Nintendo. Tetapan sensitiviti skrin sesentuh juga ditambahkan bersama-sama keupayaan untuk menjemput pemain lain untuk bermain secara atas-talian. Namun, fungsi ini adalah terhad untuk sebahagian permainan sahaja.

Selain dari keseimbangan prestasi konsol, Nintendo juga menyertakan fungsi penggera pemberitahuan yang mana ianya akan menyalakan lampu di butang Home di JoyCon kanan konsol tersebut. Akhir sekali, kemaskini juga menyertakan fungsi untuk menyah-aktif fungsi pengimput buat konsol Switch Lite.

Semestinya bagi anda yang mempunyai konsol Switch, pastikan anda memuat-turun kemaskini terkini konsol tersebut hari ini.


TIPS & ULASAN