Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Concrete Genie akan dilancarkan pada 9 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4 yang mana ianya juga disahkan bakal tiba di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM129.

Terkini, PixelOpus iaitu pembangun permainan tersebut akhirnya mengesahkan bahawa ianya kini sudah siap dibangunkan dan sedia untuk dipasarkan bermula Oktober ini.

Concrete Genie merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan watak Ash yang sering dibuli di bandar terbiar Denska. Untuk melarikan masalah tersebut, Ash meluangkan masa beliau dengan melukis pelbagai jenis lukisan fantas dan menariknya, lukisan-lukisan tersebut kemudiannya menjadi lukisan bernyawa dengan pelbagai makhluk fantasi, dan beliau kemudian perlu menyelamatkan bandar tersebut daripada ditakhluk dengan kuasa jahat.

Bagi anda yang berminat, permainan ini sudah pun boleh dipra-tempah secara digital ataupun secara fizikal melalui pengedar rasmi Playstation.

Sohor Kini