Seperti yang dijanjikan oleh Square-Enix sebelum ini, mereka akhirnya memperlihatkan video acah baharu buat permainan Kingdom Hearts 3 yang mana ianya mempamerkan kandungan DLC Re:Mind yang bakal tiba tidak lama lagi.

Berdasarkan video acah tersebut, ianya bakal dilancarkan sekitar musim sejuk ini iaitu sekitar Disember 2019 sehinggalah Mac 2020 kelak.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan beberapa adegan baharu dari permainan tersebut termasuklah bentuk perubahan baharu buat watak Sora dengan senjata Keyblade Oathkeeper dan Oblivion. Menariknya, menurut Square-Enix, senjata Keyblade baharu tersebut akan disertakan secara percuma. Namun kandungan DLC lain yang lain adalah DLC berbayar melalui DLC Re:Mind.

Square-Enix juga mengesahkan bahawa DLC ini akan menyertakan beberapa watak tambahan yang pemain boleh mainkan termasuklah ketua musuh dan adegan baharu. Namun, senarai watak tersebut masih belum dikongsikan. Berdasarkan video acah tersebut pula, watak-watak yang boleh dimainkan mungkin adalah watak-watak Keyblade Master dari Kingdom Heart Birth By Sleep seperti Terra, Aqua dan juga Ventus.

Seperti biasa, informasi lanjut masih belum dikongsikan dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi tambahan setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini