Sebelum ini, Bethesda Softworks mengumumkan salah satu DLC buat permainan Rage 2 akan dilancarkan sekitar tahun ini. Terkini, tarikh pelancaran DLC tersebut akhirnya diumumkan iaitu DLC Rise Of The Ghosts yang mana ianya bakal tiba pada 26 September 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan, DLC Rise Of The Ghosts merupakan DLC berbayar pertama buat permainan tersebut yang mana ianya menjanjikan pelbagai kandungan baharu, termasuklah penceritaan, senjata dan sebagainya.

Rage 2 merupakan permainan penembak dunia terbuka yang sudah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini juga telah pun membuat ulasannya di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini