Tahun lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Final Fantasy Crystal Chronicles sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4, Switch dan juga versi permua di iOS dan Android.

Terkini, bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang akan berlangsung minggu ini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu 23 Januari 2020 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya ia adalah permainan esklusif yang dilancarkan di Nintendo GameCube pada 2004 lepas.

Melalui versi pernambah-baikkan ini, Square-Enix juga menyertakan beberapa kandungan baharu seperti bentuk multi-pemain sehingga 4 pemain serentak dan juga sokongan rentas-platform termasuklah perkongsian kemajuan antara platform.

Selain itu, Square-Enix juga menyatakan terdapat beberapa kandungan tambahan seperti misi dan barangan baharu termasuklah suara latar yang dilakonkan semula.

Semestinya bagi anda yang berminat dengan permainan ini dan ingin kembali ke dunia Crystal Chronicles, anda boleh berbuat demikian menjelang Januari ini.

Sohor Kini