Edmund McMillen iaitu pembangun untuk The Binding of Issac hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya oleh beliau iaitu The Legend of Bum-bo akan dikeluarkan pada 12 November 2019 untuk PC dan Mac.
Menurut penyenaraian di Steam, ia adalah permainan pengembaraan yang mempunyai elemen tekaria, roguelike serta kad. Ia juga tampaknya menyertakan pertempuran mengikut turutan.
Walaupun mempunyai bentuk permainan yang agak berbeza jika ingin dibandingkan dengan Binding of Issac tetapi ia diumumkan sebagai prekuel kepada permainan tersebut.