Informasi Permainan Video Terkini
The End is Nigh Dan Abzu Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store
PC

The End is Nigh Dan Abzu Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Seperti biasa, setiap minggu Epic Games Store akan memberikan permainan baharu secara percuma, jika minggu lepas kita mendapat Inside dan Celeste, minggu ini mereka memberikan The End is Nigh dan Abzu.

The End is Nigh adalah permainan platformer yang dibangunkan oleh Edmund McMillen dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC sejak tahun 2017.

Manakala Abzu adalah permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Giant Squid Studios dan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC sejak tahun 2016.

Tawaran percuma adalah bermula sekarang sehingga 12 September 2019. Kemudian, ia digantikan dengan permainan Conarium.

Muat Turun: The End is Nigh

Muat Turun: Abzu


TIPS & ULASAN