Pembantu peribadi Hideo Kojima, Ayako hari ini telah mengeluarkan satu kicauan yang mengatakan beliau telah mencuba permainan Death Stranding dengan menggunakan tahap kesukaran Very Easy yang dikatakan khusus untuk pemain yang jarang bermain permainan video dan lebih berminat untuk mengikut penceritaan.

Hideo Kojima sendiri kemudiannya menambah, kebiasaan permainan akan menyertakan tahap kesukaran Easy tetapi untuk Death Strading mereka menyertakan Very Easy khusus untuk peminat filem kerana permainan ini menyertakan pelakon-pelakon seperti Norman, Mads dan Lea.
Buat masa ini tidak disahkan berapa banyak tahap kesukaran yang akan disertakan, ada kemungkinan ia akan menyertakan Very Easy, Normal dan Hard. Apa pendapat anda mengenai tahap kesukaran ini?
Death Stranding akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 8 November 2019.