Kandungan Tambahan Untuk Celeste Akan Tiba Minggu Depan

Extremely OK Games merupakan syarikat pembangun baharu yang ditubuhkan untuk menggantikan Matt Makes Games dan permainan akan datang serta permainan lama seperti Tower Fall dan Celeste akan berada di bawah syarikat tersebut.

Bersama dengan pengumuman penubuhan syarikat tersebut, mereka mengumumkan kandungan tambahan untuk Celeste iaitu Chapter 9: Farewell akan tiba pada 9 September 2019.

Seperti diumumkan sebelum ini, penambahan tersebut akan menyertakan pelbagai barangan serta mekanik baharu untuk anda guna bagi menyelesaikan 100 peringkat baharu yang disertakan.

Celeste sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Anda boleh membaca ulasan kami untuk permainan ini, yang bagi kami merupakan antar permainan terbaik untuk tahun lepas.

Sohor Kini