Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Musim Ke-3 Buat Tekken 7 Bakal Hadir Minggu Hadapan – Bermula Dengan Watak Zafina
PC

Kemaskini Musim Ke-3 Buat Tekken 7 Bakal Hadir Minggu Hadapan – Bermula Dengan Watak Zafina

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Bandai Namco akan melancarkan musim ke-3 buat permainan Tekken 7 yang mana mereka menjanjikan sebilangan watak baharu akan tiba.

Terkini, tarikh pelancaran buat musim ke-3 tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi di mana ianya bakal dilancarkan pada 10 September ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, musim ke-3 buat Tekken 7 ini akan memperkenalkan watak Zafina, diikuti dengan watak Leroy Smith. Seperti biasa, dengan pembelian pas musim tersebut, Bandai Namco juga akan menyertakan sebilangan kostum tambahan yang pemain boleh dapatkan secara bersama.

Selain itu, kemaskini musim ke-3 ini juga akan menyertakan sebilangan kemaskini percuma permainan seperti keseimbangan watak permainan, kemahiran-kemahiran baharu dan juga sebilangan tetapan pilihan kostum bersama-sama dengan paparan antara muka baharu.

Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN