Warner Bros dan Epic Games pada tahun lepas telah bekerjasama untuk mengeluarkan Fortnite: Deep Freeze iaitu berkas yang menyertakan permainan bersama dengan pelbagai barangan di dalam permainan, ia juga ditawarkan secara fizikal.
Hari ini, mereka sekali lagi mengumumkan kerjasama untuk melancarkan Fortnite: Darkfire Bundle. Berkas tersebut menyertakan barangan yang bernilai $80 (~RM334), iaitu tiga kostum, tiga beg, tiga beliung, pembalut dan juga emote.
Selain boleh dibeli secara digital melalui kedai di dalam permainan, ia juga boleh dibeli secara fizikal untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Berkas ini akan tiba pada 5 November 2019 dan dijual dengan harga $29.99 (~RM125).