Informasi Permainan Video Terkini
Days Gone – Mod “New Game+” Bakal Tiba Minggu Hadapan

Days Gone – Mod “New Game+” Bakal Tiba Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Bend Studios hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan mod “New Game+” buat permainna Days Gone bermula 13 September ini sebagai kemaskini percuma.

Ini sekaligus membenarkan pemain untuk bermain semula permainan tersebut dari awal dengan segala pernaik-tarafan motosikal, kemahiran, resipi barangan dan sebagainya.

Menurut Bend Studios, mod tersebut boleh diakses setelah pemain melengkapkan misi penceritaan “Im Never Giving Up” dan segala tahap kesukaran yang tersedia juga boleh diakses melalui mod tersebut. Menariknya, Bend Studio juga mengumumkan dua tahap kesukaran baharu juga boleh di akses iaitu Hard II dan Survival II.

Semestinya ini merupakan satu kemaskini yang sangat bagus sekali terutamanya mereka ingin bermain semula permainan tersebut dari awal dan ingin meneruskan segala kemajuan yang dilakukan. Dengan pelbagai cabaran mingguan dan kemaskini yang dilakukan oleh Bend Studio, semestinya permainan ini menjadi lebih menarik untuk dimainkan

Days Gone merupakan permainan dunia terbuka yang dilancarkan eksklusif di konsol Playstation 4 April lepas. Kami sebelum ini juga telah membuat ulasan penuh di mana anda boleh membacanya di bawah.


TIPS & ULASAN