Bulan Jun lepas, Steam telah mengumumkan yang mereka balak melancarkan rekaan baharu untuk Steam secara beta terbuka, hari ini mereka akhirnya mengesahkan yang beta terbuka tersebut akan bermula pada 17 September 2019.

Berdasarkan pengumuman tersebut, beta terbuka ini adalah memfokuskan kepada bahagian perpustakaan di mana koleksi permainan diperlihatkan. Menurut mereka, rekaan baharu perpustakaan ini akan memudahkan pemain untuk mendapat informasi mengenai permainan yang baru dimainkan, aktiviti rakan dan juga melihat koleksi.
Jika anda berminat untuk mencuba rekaan baharu ini, anda perlu menyertai program beta. Ia boleh dilakukan di bahagian akaun di dalam tetapan untuk Steam.
Satu perkara yang saya inginkan adalah menyusun permainan mengikut kategori secara automatik, tidak pasti jika Steam akhirnya menyertakan sistem tersebut kerana GOG Galaxy 2.0 menyediakannya.