Skip to main content

Nintendo hari ini mengacahkan satu video khas yang memperlihatkan satu bentuk “pengalaman permainan” baharu yang mana kelihatan pemain menggunakan satu alat khas untuk mengikat alat kawalan JoyCon dari konsol Switch ke badan pemain.

Berdasarkan video acah di bawah juga, ianya kelihatan mempunyai bentuk permainan senaman, seperti mana permainan dan aksesori yang sangat terkenal di konsol Nintendo Wii sebelum ini melalui permainan Wii Fit.

https://www.youtube.com/watch?v=AdoVBbZ0Z9o

Buat masa ini, sebarang informasi lanjut masih belum dikongsikan dan pada pendapat kami sendiri, kami percaya ianya adalah satu alat tambahan khas yang menjejak pergerakan badan pemain, sekaligus menyediakan pelbagai bentuk permainan menggunakan pergerakan seperti mana Nintendo lakukan sebelum ini dengan konsol Wii.

Kami juga percaya pengumuman yang akan dilakukan pada 12 September 2019 ini kelak adalah bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Seperti biasa kami di Aksiz pasti akan mengemaskini dan berkongsi segala informasi lanjut setelah Nintendo mengumumkannya kelak.

Leave a Reply