Fairy Tail semestinya salah satu anime dan manga yang sangat terkenal oleh Hiro Mashima yang mana beliau juga sebelum ini terkenal dengan siri Rave Master beberapa tahun lepas.
Terkini, dengan kerjasama bersama Koei Tecmo dan Gust, mereka mengumumkan bahawa permainan berdasarkan siri tersebut akan dilancarkan tahun hadapan di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.
Menurut kenyataan Koei Tecmo, permainan tersebut akan memfokuskan pengembaraan Natsu Dragneel dan Lucy Heartfilia dan beberapa watak-watak daripada siri tersebut di dalam dunia Fiore. Koei Tecmo juga mengesahkan bahawa Hiro Mashima sendiri adalah penyelia khas yang mana pasti akan memberi bentuk penceritaan dan permainan yang menarik dari siri asalnya.
Seperti biasa, buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan kami percaya dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Koei Tecmo pasti akan berkongsi sebarang pengumuman lanjut di sana.