Skip to main content

Melalui penstriman langsung, The Sims VIP iaitu laman yang berkongsi berita terbaru mengenai The Sims memperlihatkan beberapa perkara baharu yang akan tiba bersama dengan kemaskini untuk The Sims 4.

Penstriman tersebut memfokuskan kepada rekaan tangga yang kini mempunyai lebih banyak cara untuk diubah suai, yang akan memberi pemain idea yang lebih baik dalam penghasilan rumah.

Satu perkara yang juga menarik adalah, kemaskini ini juga akan menyertakan pakaian serta rekaan bangunan yang mengambil inspirasi daripada budaya Arab terutamanya yang beragama Islam.

Antara yang disertakan adalah pakaian untuk hijab, kopiah (kufi) dan pakaian tradisi. Ia juga menyertakan rekaan bangunan seperti gerbang, pintu dan juga tingkap. Kemaskini tersebut dijangka akan tiba bermula esok secara percuma.

Video penuh kami sertakan di bawah.

Leave a Reply