Informasi Permainan Video Terkini
Super Robot Wars V Bakal Dilancarkan Oktober Ini Di Switch Dan PC

Super Robot Wars V Bakal Dilancarkan Oktober Ini Di Switch Dan PC

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Super Robot Wars V di konsol Switch dan PC melalui Steam.

Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut buat PC akhirnya diumumkan secara rasmi yang mana permainan tersebut akan dilancarkan pada 3 Oktober 2019 iaitu tarikh yang sama buat pelancarannya di Switch. Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita.

Melalui Super Robot Wars V, Bandai Namco akan menyediakan 20 senario bonus yang mana ianya adalah kandungan tambahan penceritaan buat permainan tersebut yang disediakan bersama. Menariknya, bagi pemain yang melengkapkan senario tersebut, mereka akan menerima ganjaran khas.

Dari senarai mecha yang tersedia, berikut adalah siri-siri yang diumumkan yang disahkan bakal hadir buat permainan tersebut:

  • Invincible Super Man Zambot 3
  • Invincible Steel Man Daitarn 3
  • Mobile Suit Gundam Z
  • Mobile Suit Gundam ZZ
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
  • Mobile Suit Gundam: Hathaway’s Flash
  • Mobile Suit Crossbone Gundam
  • Mobile Suit Crossbone Gundam: Skull Heart
  • Mobile Suit Crossbone Gundam: Steel Seven
  • Mobile Suit Gundam SEED Destiny
  • Mobile Suit Gundam 00: A Wakening of the Trailblazer
  • Mobile Suit Gundam UC
  • The Brave Express Might Gaine
  • Martian Successor Nadesico: The Motion Picture – Prince of Darkness
  • Getter Robo Armageddon
  • Mazinger Edition Z: The Impact!
  • Shin Mazinger ZERO vs. Great General of Darkness
  • Fullmetal Panic!
  • Fullmetal Panic? Fumoffu
  • Fullmetal Panic! The Second Raid
  • Fullmetal Panic! (Original Novel Version)
  • Evangelion: 1.0 You Are (Not) Alone
  • Evangelion: 2.0 You Can (Not) Advance
  • Evangelion: 3.0 You Can (Not) Redo
  • Space Battleship Yamato 2199
  • Cross Ange: Rondo of Angel and Dragon

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pra-tempahannya akan bermula 19 September 2019 buat PC melalui Steam. Manakala versi Switch pula ianya boleh dipra-tempahan bermula esok.


TIPS & ULASAN