Informasi Permainan Video Terkini
Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville Diumumkan Secara Rasmi – Edisi Founder Dilancarkan Hari Ini
PC

Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville Diumumkan Secara Rasmi – Edisi Founder Dilancarkan Hari Ini

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan permainan Plants VS. Zombies: Battle For Neightborville tertiris, yang mana ianya adalah permainan seterusnya buat siri Plants VS. Zombies yang memfokuskan bentuk penembak pandang ketiga.

Terkini, Electronic Arts akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan tersebut yang mana ianya juga dilancarkan hari ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC sebagai edisi founder. Menurut EA, edisi ini hanya akan ditawarkan bermula hari ini sehingga 30 September ini sahaja. Ianya kemudian akan dilancarkan secara penuh menjelang 18 Oktober 2019.

Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville merupakan permainan penembak berpasukan antara Plants dan Zombies oleh PopCap Games. Seperti Garden Warfare sebelum ini, ianya memfokuskan bentuk multi-pemain di mana empat lawan empat di dalam satu arena yang luas.

Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai mod dan peta lokasi yang menarik untuk pemain bertempur di samping dengan 20 kelas watak yang boleh diubahsuai dengan pelbagai senjata dan kemahiran tersendiri.

Akses “Founder Edition” ini merupakan akses awal yang diberi buat pemain di mana sepanjang 6 minggu tempoh masa tersebut, EA akan menyediakan sebilangan ganjaran dicampur dengan pelbagai mod yang tersedia buat pemain untuk mencubanya.

Menariknya, setelah permainan ini dilancarkan pada Oktober kelak, pemilik edisi Founder akan terus dinaik-taraf ke edisi biasa permainan tersebut bersama-sama dengan ganjaran khas dan kesemua kemajuan yang diperoleh oleh pemain di dalam tempoh akses Founder tersebut.

Bagi anda yang berminat, permainan ini sudah pun dilancarkan secara edisi Founder dengan harga bermula RM119 mengikut platform pilihan anda.


TIPS & ULASAN