Bersama dengan penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Saviors of Uldum, Blizzard juga mengumumkan yang mereka akan membawa kembali pengembaraan solo untuk permainan kad tersebut.
[info]Bacaan Lanjut: 10 Kad Menarik Daripada Penambahan Saviors of Uldum Untuk Hearthstone[/info]Pengembaraan Tombs of Terror akan menyertakan 5 bahagian yang akan mempunyai pelbagai cabaran yang perlu diselesaikan. Bab 1 dan Bab 2 akan tiba pada 17 September dan sebelum tarikh tersebut, anda boleh pra-tempah untuk mendapatkannya dengan harga $19.99(~RM83).
Selain mendapat pengembaraan tersebut, pemain juga akan diberikan penghias kad khas dan juga satu kad Legendary secara rawak daripada penambahan baharu.
Apabila ia tiba kelak, ia juga akan dijual secara berasingan iaitu Bab 3 akan tiba pada 24 September dan Bab 4 serta Bab terakhir akan tiba pada 1 Oktober 2019.
Berbeza dengan pengembaraan solo yang pernah terdapat di dalam Hearthstone satu ketika dahulu, menyelesaikan setiap bab tidak akan memberikan kad khusus sebaliknya menyelesaikan setiap bab, pemain akan mendapat 3 pek. Menghabiskan sepenuhnya, pemain juga akan diberi 1 pek Golden Classic.
[info]Pra-Tempah: Pengembaraan Tombs of Terror[/info]