Sebelum ini kami melaporkan yang mana Call Cthulhu dan Vampyr akan dilancarkan di konsol Switch. Terkini ketika acara Nintendo Direct, Nintendo dan Focus Home Interactive akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permanian tersebut iaitu ia bakal tiba menjelang Oktober ini.

Kedua-dua permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Call of Cthulhu merupakan permainan RGP seram yang dibangunkan oleh Cyanide yang mengambil inspirasi daripada cerita pendek oleh H.P. Lovecraft dan juga permainan RPG yang mempunyai tajuk sama dikeluarkan pada tahun 1981.

Manakala permainan Vampyr pula adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai seorang pontianak. Menariknya, permainan ini mempunyai sebilangan bentuk cabang penceritaan yang berbeza berdasarkan pilihan pemain.

Call of Cthulhu akan dilancarkan pada 8 Oktober 2019 ini manakala Vampyr pula akan dilancarkan pada 29 Oktober 2019 ini. Bagi anda yang berminat, ianya sudah pun boleh dipra-tempah melalui Nintendo eShop.

Sohor Kini