Skip to main content

Bagi anda yang pernah bermain permainan klasik Star Wars Jedi Knight sebelum ini, Aspyr Media hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali dua permainan klasik Star Wars tersebut ke konsol generasi kini.

Menurut Aspyr Media, Star Wars Jedi Knight II: Jedi Outcast akan dilancarkan di Playstation 4 dan Switch pada 24 September 2019 yang mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan untuk permainan asalnya yang dilancarkan pada 2002 lepas.

Selain itu, mereka juga umum Star Wars Jedi Knight: Jedi Academy juga akan dilancarkan semula menjelang tahun hadapan.

Menurut Aspyr Media, permainan tersebut akan dilancarkan semula dengan sokongan multi-pemain secara atas-talian dan juga sokongan secara pergerakan melalui konsol Switch. Dari segi aspek pernambah-baikkan, ianya masih belum dikongsikan.

Buat masa ini, informasi lanjut termasuklah video acahnya masih belum dikongsikan. Seperti biasa kami akan kongsikan jika terdapat sebarang informasi lanjut.

Leave a Reply