Skip to main content

Dengan pelancaran Daemon X Machina yang bakal tiba tidak lama lagi, Nintendo hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal menerima satu lagi demo “prologue” khas yang mana ia kini sudah boleh dimuat-turun melalui Nintendo eShop.

Menurut Nintendo, demo tersebut akan menyertakan bahagian awal permainan tersebut yang mana segala kemajuan yang dilakukan oleh pemain boleh dibawa ke permainan penuh setelah ianya dilancarkan kelak.

Demo tersebut juga akan menyertakan mod koperasi sebanyak 4 pemain secara setempat. Namun untuk akses secara atas-talian hanya buat permainan penuh sahaja.

Daemon X Machina merupakan permainan pertempuran robot mecha yang diumumkan pada E3 2018 lepas. Permainan ini memfokuskan robot mecha yang boleh dipandu pemain dimana ianya dinamakan Arsenal. Pemain juga berupaya untuk mengubah-suai Arsenal pemain tersebut dimana kelengkapan dan senjatanya boleh dikutip ketika pertempuran permainan tersebut. Menariknya, senjata terbahagi kepada senjata jarak dekat dan juga jarak jauh.

Daemon X Machina akan dilancarkan pada 13 September 2019 khas di konsol Switch.

Leave a Reply