Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua berkas Playstation 4 bersama-sama dengan permainan FIFA 20 iaitu berkas Playstation 4 FIFA 20 Bundle Pack dan Playstation 4 Pro FIFA 20 Bundle Pack.

Menurut Sony, kedua-dua berkas tersebut akan tiba menjelang 27 September 2019 ini bersempena dengan pelancaran permainan FIFA 20. Berikut adalah informasi lanjut berkenaan setiap satu berkas tersebut:

  • Playstation 4 FIFA 20 Bundle Pack – RM1,449
    • Konsol Playstation 4 berstoran 500GB
    • Dua alat kawalan Dualshock 4
    • Kod langganan Playstation Plus selama 3 bulan
    • Kod jaminan tambahan selama 1 tahun
    • Permainan FIFA 20 edisi biasa secara fizikal
    • Kandungan baucar bonus FIFA 20 Ultimate Team (1 pek Gold Player dan 3 ICON Loan Players untuk 5 sesi permainan)
  • Playstation 4 Pro FIFA 20 Bundle Pack – RM1,899
    • Konsol Playstation 4 Pro berstoran 1TB
    • Dua alat kawalan Dualshock 4
    • Kod langganan Playstation Plus selama 3 bulan
    • Kod jaminan tambahan selama 1 tahun
    • Permainan FIFA 20 edisi biasa secara fizikal
    • Kandungan baucar bonus FIFA 20 Ultimate Team (1 pek Gold Player dan 3 ICON Loan Players untuk 5 sesi permainan)

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan berkas-berkas diatas, anda boleh membelinya bermula 27 September 2019 ini melalui pengedar-pengedar rasmi Playstation.

Leave a Reply