Informasi Permainan Video Terkini
Tetris 99 Versi 2.0 Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Dilancarkan Hari Ini

Tetris 99 Versi 2.0 Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Dilancarkan Hari Ini

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Ketika acara Nintendo Direct hari ini, Nintendo juga mengumumkan kemaskini seterusnya buat permainan Tetris 99 yang mana melalui versi 2.0 ini, mereka akan menyertakan sebilangan kandungan baharu buat permainan tersebut. Menurut Nintendo, ianya akan dilancarkan sekitar lewat hari ini.

Seperti anda sedia maklum, Tetris 99 merupakan permainan percuma yang dilancarkan konsol Switch di mana ianya merupakan permainan Tetris dengan elemen pertempuran royale. Sebelum ini, Nintendo telah pun melancarkan sebilangan kemaskini buat permainan tersebut termasuklah kejohanan secara atas-talian.

Melalui versi 2.0 ini, kemaskini tersebut akan dilancarkan secara percuma buat semua pemain di mana mereka akan menyertakan sebilangan cabaran harian yang pemain boleh lakukan. Menariknya, bagi pemain yang melengkapkan cabaran tersebut, pemain boleh menyah-kunci sebilangan ganjaran khas melalui permainan tersebut.

Selain itu, Nintendo juga umum beberapa DLC tambahan buat DLC Big Block yang diumumkan sebelum ini dengan kandungan tambahan seperti mod pertempuran perkongsian sebanyak dua pemain, multi pemain secara luar-talian arena dan sebagainya.

Tambahan itu, Nintendo juga akan melancarkan edisi fizikal buat permainan tersebut bermula 6 September 2019 ini yang mana ianya akan menyertakan kesemua DLC sebelum ini termasuklah DLC Big Block dan kod langganan Nintendo Switch Online selama 12 bulan.

Tetris 99 telah pun dilancarkan secara percuma di konsol Switch melalui Nintendo eShop.


TIPS & ULASAN