Ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini, Hi-Rez Studios iaitu buat permainan Paladis, Realm Royales dan Smite, mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Rogue Company.

Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Rogue Company merupakan permainan penembak yang mana menurut pembangun, ianya akan menyokong rentas-platform antara kesemua platform yang diumumkan diatas.

Buat masa ini, informasi lanjtu berkenaannya masih belum diumumkan. Namun berdasarkan video acah diatas, ianya kelihatan mempunyai bentuk penembak pandang ketiga secara berpasukan dengan pelbagai jenis senjata api yang pemain boleh gunakan. Ianya juga disahkan akan mempunyai sebilangan mod permainan dan sebarang informasi berkenaannya akan diumumkan kemudian.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya lebih awal, pendaftaran sesi alpha buat Rogue Company telah pun dibuka melalui laman rasmi permainan tersebut.

Sohor Kini