Sebelum ini, Capcom melancarkan permainan Devil May Cry pertama di konsol Switch yang mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan daripada permainan asal yang dilancarkan di Playstation 2 beberapa tahun lepas.

Terkini, ketika acara Nintendo Direct, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan kedua buat siri tersebut iaitu Devil May Cry 2 ke konsol Switch bermula 19 September 2019.

Devil May Cry 2 memfokuskan pengembaraan seterusnya buat Dante di mana melalui permainan ini, pemain bukan sahaja berupaya untuk menggunakan watak Dante, malah watak Lucia yang diperkenalkan melalui permainan ini.

Menariknya sekali, melalui versi ini, Capcom juga akan memperkenalkan mod Bloody Palace yang terkenal buat siri Devil May Cry tersebut.

Devil May Cry 2 sebelum ini juga telah pun dilancarkan di PC, Xbox One dan juga Playstation 4 sebagai permainan koleksi siri Devil May Cry. Dengan pengumuman ini, kami juga percaya Devil May Cry 3: Dante’s Awakening juga mungkin bakal diumumkan kelak di konsol Switch.

Bagi anda yang berminat, ianya sudah boleh mula dipra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99(~RM84).

Sohor Kini