E3 2019 lepas, Nintendo akhirnya mengumumkan permainan Animal Crossing New Horizon bakal tiba awal tahun hadapan yang mana ianya adalah permainan Animal Crossing seterusnya buat konsol Switch.

Bersempena dengan acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini, Nintendo memperlihatkan bentuk permainan baharu buat permainan yang mana mereka bukan sahaja mempertontonkan bentuk permainan multi-pemain buat permainan tersebut, malah beberapa elemen tambahan lain yang pemain boleh lakukan.

Berdasarkan video acah di atas, seperti yang dilaporkan oleh kami, Animal Crossing New Horizon akan memfokuskan pemain berada di kepulauan terbiar di bawah bisnes baharu Tom Nook iaitu Nook Inc. Deserted Island Getaway Package.

Melaluinya, pemain akan menerima satu peranti NookPhone di mana pemain berupaya untuk mengakses sebilangan elemen dan bentuk permainan seperti resipi untuk menghasilkan barangan seperti kapak, perabot dan sebagainya.

Seperti permainan Animal Crossing sebelum ini, pemain juga berupaya untuk menyusun perabot dan sebagainya. Selain itu aktiviti seperti memancing, menangkap serangga termasuklah bercucuk tanam juga bakal tiba buat permainan ini.

Bagi bentuk multi-pemain pula, permainan ini akan menyokong bentuk multi-pemain secara luar-talian sebanyak 4 pemain serentak di dalam satu konsol Switch. Manakala dari segi bentuk atas-talian pula, pemain berupaya untuk melawat kepulauan pemain lain sehingga 8 pemain serentak. Pemain juga berupaya untuk bergambar dan melakukan pelbagai aktiviti lain bersama.

Animal Crossing New Horizon akan dilancarkan secara eksklusif di konsol Switch pada 20 Mac 2019 ini.

Sohor Kini