Skip to main content

Nintendo setiap bulan akan mengumumkan permainan NES yang disertakan secara percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online, dan sejak beberapa bulan lepas, setiap pengumuman menerima kritikan daripada pemain.

Mereka mengatakan permainan yang disertakan membosankan dan meminta Nintendo untuk memberi permainan SNES pula. Hari ini, semasa Nintendo Direct, Nintendo akhirnya menunaikan permintaan tersebut.

Seperti permainan NES yang disertakan, ia akan menyokong multi-pemain secara atas dan juga luar talian, ia juga menyertakan fungsi Rewind untuk pemain mandir jika melakukan kesilapan.

Secara keseluruhan terdapat 20 permainan yang disertakan, antaranya adalah Breath of Fire, Star Fox, Super Mario Kart, Super Mario World dan The Legend of Zelda: A Link to the Past.

Kesemua permainan tersebut akan tiba kepada pelanggan Nintendo Switch Online bermula esok. Mereka juga mengumumkan alat kawalan SNES dengan harga $29.99(~RM125), ia hanya dibuka kepada pelanggan Nintendo Switch Online dan akan tiba pada masa akan datang.

Oleh disebabkan kebanyakan yang melanggan Nintendo Switch Online akan memperbaharui langganan mereka bulan ini, ia adalah satu masa yang tepat untuk Nintendo menyertakan kandungan tambahan.

Leave a Reply