Informasi Permainan Video Terkini
DOOM 64 Bakal Kembali Ke Switch Menjelang November Ini

DOOM 64 Bakal Kembali Ke Switch Menjelang November Ini

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Ketika acara Nintendo Direct hari ini, Bethesda Softworks juga mengambil peluang untuk mengumumkan permainan DOOM 64 akan kembali ke konsol Switch pada 22 November 2019 ini.

DOOM 64 merupakan permainan penembak pandang pertama yang dilancarkan di konsol Nintendo 64 pada 1997 lepas. Menurut Pete Hines pengurus pemasaran dari Bethesda Softworks, pelancaran permainan ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-25 buat siri DOOM.

Ini juga buat pertama kali pelancaran permainan tersebut semula sejak pelancarannya lebih dari 20 tahun lepas. Namun dari segi informasi lanjut, Bethesda mahupun Nintendo masih belum berkongsinya. Seperti biasa, akan kami kemaskininya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN