Informasi Permainan Video Terkini
Xenoblade Chronicles Definitive Edition Diumumkan Untuk Switch – Tiba Sekitar Tahun Depan

Xenoblade Chronicles Definitive Edition Diumumkan Untuk Switch – Tiba Sekitar Tahun Depan

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Kami ada bercerita lanjut mengenai siri permainan Xenoblade Chronicles serta bagaimana kami menyukai Xenoblade Chronicles 2 yang dikeluarkan eksklusif untuk Switch. Hari ini, melalui Nintendo Direct, Xenoblade Chronicles yang pertama diumumkan untuk Switch.

Ia sebelum ini dikeluarkan untuk Wii pada tahun 2011 sebelum di bawa ke 3DS pada tahun 2015. Kini ia dikeluarkan sekali lagi untuk konsol baharu Nintendo dan akan tiba sekitar tahun 2020.

Bagi yang bermain pertama kali siri Xenoblade Chronicles melalui Xenoblade Chronicles 2, ini adalah peluang untuk mencuba permainan asal bagi siri tersebut. Ia tidak mempunyai perhubungan terus dengan permainan tersebut, tetapi ada sedikit kesinambungan yang membuatkan pengakhiran lebih menarik.


TIPS & ULASAN