Menyertai Assassin’s Creed III, Ubisoft hari ini melalui Nintendo Direct mengumumkan Assassin’s Creed Rebel Collection iaitu koleksi yang menyertakan dua permainan Assassin’s Creed – Black Flag dan Rogue akan dilancarkan di Switch pada 6 Disember 2019.
Assassin’s Creed IV Black Flag merupakan permainan ke-6 di dalam siri Assassin’s Creed dan bagi kami ia adalah permainan yang paling menarik di mana mereka buat pertama kali memfokuskan bentuk permainan pertempuran kapal (diperkenalkan di dalam Assassin’s Creed III). Ia dikeluarkan pada tahun 2013.
Assassin’s Creed Rogue pula dikeluarkan setahun selepas Black Flag, dan ia merupakan permainan yang menjadi penyambung bagi penceritaan di antara Assassin’s Creed IV dan Assassin’s Creed III. Ia meneruskan bentuk permainan yang disertakan di dalam Black Flag tetapi memfokuskan watak daripada puak Templar.
Koleksi ini juga akan menyertakan kesemua DLC yang dikeluarkan untuk kedua-dua permainan tersebut.