Salah satu permainan yang mendapat sambutan yang baik di konsol Wii U beberapa tahun lepas dan sering diminta oleh peminat untuk membawanya kembali ke konsol Switch akhirnya tercapai di mana ketika acara Nintendo Direct awal pagi ini, Nintendo akhirnya mengumumkan bahawa Tokyo Mirage Sessions #FE akan kembali ke konsol Switch.
Dengan nama, Tokyo Mirage Sessions #FE Encore, permainan tersebut akan menyertakan watak-watak dari siri Fire Emblem dan Shin Megami Tensei di mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis raksasa di dalam bandaraya Tokyo dengan pelbagai elemen-elemen “Idol” yang terkenal di Jepun.
Permainan ini memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan yang mana menariknya sekali bagi versi Switch ini, Nintendo mengesahkan bahawa mereka akan menyertakan kandungan muzik baharu yang tidak disertakan di versi Wii U sebelum ini. Kandungan baharu seperti penceritaan dan watak baharu juga disahkan bakal tiba bersama,
Bagi anda yang berminat, Tokyo Mirage Sessions #FE Encore akan dilancarkan pada 17 Januari 2020 dan pra-tempahannya sudah pun dibuka melalui Nintendo eShop dengan harga $59.99(~RM252).